Aku dah lost count berapa banyak dah blogs aku buat pastu samada kena private, atau kena delete. Aku membebel banyak sangat. Sometimes aku revealed too much information. Sometimes I was just too vocal and can't handle the lash back. The only one thing yang consistent pasal blogging..aku tak sanggup nak baca the old posts. Samada sangat bangang atau sangat memalukan haha!
The other night aku sembang2 dengan laki aku. I've told him about the message I read in my old phone. I thot I ter-copy paste dari mana2 ke. But apparently, that was a draft for a blog post. Good writing, doesn't sound like me at all haha! It was written in 2010. Maybe masa aku kat US. At that time my view on things were different. I kinda like that version of me. Now aku dah domesticated and penakut. Ten years ago kalau kau suruh aku terjun dari kapal terbang during lunch time, aku ok je. Aku rasa fun gile. "ko buat apa lunch tadi?" "Aku terjun parachute sambil makan burger. Nasib baik tak mati". Skang nak naik roller coaster pun aku rasa nak tulis wasiat dan buat semayang hajat dulu.
Banyak benda aku risau. Banyak benda aku tak ready. Crime berleluasa sekarang. What if anything bad happen to me? Sapa nak jaga Qaisar? How painful is death? Will I go to heaven or hell? Adakah Malaysia akan bankrup macam Greece dan anak aku bakal mewarisi negara yang mundur dari segi moral dan ketamadunan? Kalau negara kita perang, negara mana yang akan tolong kita? Tengok macam negara2 Africa atau paling dekat pelarian Rohingya, ada kuasa2 besar nak tolong selamatkan? Kalau negara kau takde kepentingan kat diorang berbanding negara lain yang juga bermasalah, then bye bye bye. c'est la vie!
If you wake up tomorrow fully aware of the possibility that very bad thing, like you know..death, could happen to you, and kau still melangkah keluar dengan penuh keterujaan..give yourself a pet at the back for being so brave. Usually I left the house tanpa berfikir apa pun. Mungkin menjadi manusia tak berfikir tu kehidupan lebih mudah.
Bimbo is a happier person than the smart one. Tak caya? Ko try usha IG wife2 no 2/3/4/mistress para menteri. Takpun IG Kim Kardashian. They are a bunch of happy people. Yang tak happy ialah orang mcm kita yang persoalkan..apsal kau nak share gambar macam ni dowh? Apsal caption kau takde kaitan dengan gambar? kenapa? kenapaa?
Tang mana yang best lighting nye Kim oii? Tak ke silau belah kanan gambar ni??
Sebab cari gambar Kim aku dah terlupa apa point aku nak tulis dalam entry ni. Nampak? Berjangkit penyakit takleh berfikir ni. Oklah..aku nak berendam dalam bath tub. It's ok takde floating devices on my chest pun, still tak tenggelam *bitter kan takde assets mcm Kim*
can cin ciaoooo~

No comments:
Post a Comment